Belog Misyar
KEHEBATAN CINTA
Saturday, 11 February 2012 • 6:01 pm • 0 comments

ANTARA CINTA & AIR MATA 

Cinta sememangnya sangat sukar ditafsirkan. Ada ketikanya kerana cinta manusia buta hati dan mata menerima segalanya dengan rela dalam terpaksa. Ada masanya kerana cinta, manusia hilang pertimbangan berbunuhan sesama sendiri. Cinta juga membuatkan kita rindu pada si dia tatkala lama tidak ketemu tetapi ia juga mampu membuatkan pasangan bergaduh siang malam hanya kerana sifat cemburu akibat terlalu mencintai.

Bersandarkan hikayat dan legenda, Tun Teja terpaksa melepaskan cintanya untuk berkahwin dengan Sultan melaka, meninggalkan Hang Tuah yang sanggup berkorban segalanya demi Sultan. Begitu juga hanya kerana cinta, Qais dianggap sebagai majnun (gila) oleh masyarakat keliling kerana kelakuan peliknya yang terlalu merindui kekasihnya Laila. Manakala Laila pula hidup tidak keruan, serba tidak kena merindui si majnunnya yang sering melagukan syair dan puisi cinta mereka.

Kerana cinta jugalah ada yang bertindak di luar pertimbangan apabila sanggup  membunuh diri hanya kerana kehilangan kekasih seperti mana Romeo dan Juliet.



sweeties,
Nor Misyar!
Daisypath Anniversary tickers
HELLO PEEPS!


Nor Misyar
20+
7 april
Kelantanese


Profile
Stuff
Tagboard
followers

stop when you don't want to listen
Rewind



Credits


Template By: misyar
Big helped: AskarPink And Colour
Edited: misyar